Ziarah. Kalau ada peluang, ada rezeki masukkan Taif dalam senarai ziarah.. Kota Taif menjadi pilihan dakwah Rasulullah SAW selepas usaha baginda mengajak penduduk Makkah kepada akidah dan ajaran Islam tidak berhasil.Menurut ulama, antara sebab Baginda SAW memilih Taif kerana berhampiran kota itu ada perkampungan Bani Sa’ad iaitu tempat Nabi SAW menyusu dengan Halimatus Saadiah.
Apabila tiba di Taif, Nabi SAW bertemu pemimpin-pemimpin utama Taif dalam kalangan Bani Thaqif. Dari situ terserlah kebijaksanaan baginda yang memulakan usaha dakwah kepada pemimpin atasan kota itu terlebih dahulu dan tidak terus berdakwah kepada penduduknya.
Bagaimanapun, pelawaan Baginda SAW ditolak dengan cara sangat hina serta dihambur dengan kata-kata kesat. Baginda berada di Taif selama 10 hari ditemani sahabatnya, Zaid bin Harithah. Sejak hari pertama lagi, Baginda SAW diejek dan dihina sama seperti penduduk Makkah lakukan yang tidak mahu menerima dakwah baginda. Sehinggalah pada hari ke-10, penduduk Taif berhimpun dan semuanya membaling batu dan kayu ke arah Nabi SAW dan Zaid sehingga darah mengalir di kedua-dua belah kaki mereka. Biarpun dalam peristiwa itu, Allah SWT menghantar dua malaikat menjaga bukit dan gunung untuk melenyapkan seluruh penduduk Taif, Baginda SAW tetap bersabar dan merasakan tidak perlu berbuat demikian. Bahkan, baginda berdoa kepada Allah SWT supaya generasi seterusnya yang lahir di bumi itu menjadi orang beriman dan tidak mensyirikkan Allah SWT. Begitulah hebatnya keperibadian Rasulullah SAW apabila kejahatan dibalas dengan kebaikan!
























Inilah Qaunul Manazil tempat untuk berniat/miqat. Kalau naik kapal terbang kita hanya lalu sahaja.. Tp kalau dtg ke Taif baru kita tahu oooo inilah tempatnya..'





Kalau ada rezeki lebih, boleh la naik cable car.. 100SR seorang. Dari situ boleh lihat laluan Rasullullah saw naik ke Taif. Masha Allah..Hebat tak hebat baginda Rasullullah saw.

Pemandangan dari atas Jabal Rahmah. Blh lihat Padang Arafah

Alhamdulillah berjaya naik hingga ke puncak.. Boleh tahan jugak daki.. Esok terus sakit kaki.. Haa amik ko.. Mula2 merajuk juga sebab semua tak naik naik.. Cuma berdua ngan Hazim je gigih daki.. Tiba2 tengok2 ehh ada la org tu sebelah kita.. hihihi senyum sampai ke telinga laa.. Tq cik abang sayang.. Semoga Allah satukan kita di akhirat kelak.. Dan menyemai kasih sayang bersama hingga akhir nyawa. Tempat pertemuaan Nabi Adam dan Hawa. Jabal Rahmah menjadi saksi senyum bahagia atas pertemuan Adam dan Hawa; menjadi penanda keteguhan Nabi Ibrahim dalam menghadapi ujian cinta dari Allah; dan menjadi tempat mengabarkan kesempurnaan Islam serta sekaligus Nabi petunjuk awal akan kewafatan Rasulullah. Jabal Rahmah menggambarkan siklus hidup manusia, yang diwakili oleh para nabi agung. Dari pertemuan untuk memulai hidup baru, perjuangan untuk mempertahankan hidup, pencapaian kesempurnaan, hingga akhirnya pesan kematian.
Bagi umat Islam, Jabal Rahmah atau gunung kasih sayang menjadi monumen cinta. Tempat tersebut dipercaya menjadi lokasi bertemunya Adam dan Hawa setelah taubat mereka diterima dan dipertemukan kembali. Semoga begitu jug.
Di Jabal Rahmah pula, Nabi Ibrahim diuji cintanya, untuk melaksanakan ketentuan Allah mengorbankan anak lelaki yang sangat lama dirindukan kelahirannya. Di bukit itu, ia yakin bahwa mimpi yang ia alami tiga kali berturut-turut tersebut benar-benar merupakan perintah Allah swt. Pengorbanan luar biasa inilah yang membuat para nabi ini mendapat gelar khalilullah atau kekasih Allah.
Bagi Nabi Muhammad, Jabal Rahmah menjadi tempat terakhir turunnya ayat Al-Qur’an. Ketika kembali ke Madinah, Rasulullah saw menyampaikan turunnya Surat Al-Maidah ayat 3 yang mengkhabarkan bahwa Islam sudah sempurna. Para sahabat menyambut gembira khabar tersebut, kecuali dua orang sahabat paling utama, Abu Bakar dan Umar bin Khattab yang malah bersedih. Ketika pulang ke rumahnya, Abu Bakar menangis sepuas2nya, menyedari bahwa Rasulullah, pemimpin yang sangat dicintainya tak akan membersamanya dalam waktu lama lagi. Para sahabat lain, ketika menyedari hal itu kemudian menangis bersama di rumah Abu Bakar.
Actually banyak listed tempat yang nak pergi tapi tak sempat.. Sambil2 mengingati semula kisah dan sejarah para Nabi dan Rasul. Mudah2an kita semua dapat kembali ke bumi Mekah.. Niat nak daki Gua Hira' juga xsempat.. Hanya menyaksikan dari bawah sambil terfikir hebatnya Siti Khadijah tiap2 hari mendaki menghantar makanan kepada Nabi Muhammad saw. Kita layan gambar2 di Taif dulu dan juga di Jabal RAhmah.
No comments:
Post a Comment