Posts

Showing posts from 2022

Ya Allah Permudahkanlah

Image
 Ya Allah permudahkan la urusan hamba2 mu tika ini.. Sembuhkan buat mereka yang sedang diuji sakit.. Hanya doa dapat diiringi..   Buat bapak mertua, take care bapak.. semoga Allah angkat kesakitan untuk bapak dan diberikan kesembuhan.. Lagi sebln ++ nak wat majlis kenduri cucu sulung aka cucu kesayangan bapak.. keep strong.. Buat Aakif Adwa, cepat sembuh sayang mama long.. sedih la tgk Aakif mcmni..  Buat Cik Man.. keep cool and strong.. sayu, sedih, sebak rasa hati.. satu persatu ahli keluarga diuji.. Insha Allah everything goes fine.. Nanti kita pi camping yea.. Cik Man pesan aritu masa gi Kg Baru plan laa rapatkan semula ukhuwah Nyai n Yaei.. cik man tgk korang dah makin jauh.. Dahla sorang2 dah pergi 😭😭. Insha Allah.. Cik Man janji kuat nk cepat2 sihat.. nnt kita plan and kasi jadi ok.. Sama2 kita usahakan Kisah cik man macam mak.. Mak jarang sakit.. Klu sakit pun xpernah masuk hospital.. Masuk pun sebab beranak aje.. 1 hari ditakdirkan mak diagnos buah pinggan...

Setahun berlalu

Image
  Al Fatihah buat mak Hajah Salmiaah binti Haji Sahlan.. Setahun berlalu.. Namun masih segar satu persatu saat itu.. Untuk tunaikan hajat abah, ok laa kita tanam pokok.. Semoga ianya asbab agar pokok2 ini turut berzikir dan sama mendoakan.. Semoga Allah tempatkan mak dalam golongan orang2 beriman.. Dilapangkan dan diterangi kubur mak.. Last minit plan.. Agak rushing jugak.. Alhamdulillah rezeki mak, tak pernah putus.. Macam2 kawan mak membawa buah tangan.. Karipap bulat tu asal order ngan cik uchu.. tp cik uchu mcm biasa bila bg duit bergaduh2.. hahahaha caramel tu bawa khusus dr KL tau.. alhamdulillah semua kata sedap.. ada yg minta izin nak bawak balik.. ambil laa mmg kebetulan order 3 kotak.. ada lebih bawak jela kan Alhamdulillah ramai kawan2 mak datang.. masa bersalam balik tu sempat gurau ingat mak xde, xde sapa sudi nk dtg kenduri.. rupa2nya kata2 kami mengundang drama airmata.. apa laa korang ckp mcmni.. korang pun dh mcm anak2 kami jugak.. dijemput ia datang.. Alhamdulilla...

Hakeem's Weeding

Image
Selamat pengantin baru hakeem.. Anak buah sulung, cucu sulung blah en somie.. excited.. Mestilah kan.. dah lama tak buat kenduri kawin nie.. Tapi ni baru majlis nikah.. Insha Allah majlis sebelah lelaki pada 24.12.2022 nun di Kulim, Kedah.. Wahhh pilih date besday laa.. awal2 bgtau kakak kena standby kek besday sama .. hahaha. Perancangan Allah yang terbaik.. Masa decide date nak pi umrah tu mmg en somie srh pg hjg2 Disember.. Hadiah besday sekali.. Boleh sambut kat sana.. Hahaha tapi sebab nak bagi laluan dan sokongan kat anak buah ni.. Maka kami percepatkan tarikh Umrah kami.. Mmg syukur sangat2.. Paling bermakna.. Tq Hakeem bagi ruang kat auntie angah cepat2 tunaikan umrah..  So bln 12 tu kita celebrate kt Perlis laa yea.. cuti2 kat sana.. hihihihih list dah dapatkan.. Ok bagi laluan kat pengantin lama posing.. Hakeem punye pasal jenuh pi cari baju melayu angah.. Nak sama tema punye pasal... Nampak kurus betul mak mertua ni.. Lepas mak meninggal, dia macam hilang semangat.. Dia ...

Kisah Dahulu - Setahun berlalu

Image
Saat ini mereka masih boleh tersenyum gembira.. Masih boleh bergurau senda.. Tapi kini semuanya dah berubah.. Dengan keadaan enchu begitu.. Allahuakbar 25/10 Genap setahun mak pergi meninggalkan kami.. Namun 14/10 harini tarikh yang aku kenang smpi bila2.. Buat pertama kalinya buat SWAB Test sebab prosedur nak jaga mak di wad. Masa itu covid memang tengah naik.. Tapi alhamdulillah saat itu dah boleh mula rentas negeri.. Masa tu dah mula masuk opis tapi alhamdulillah rata2 meeting masih kekal online so boleh bincang waktu bekerja.. sekolah pun masih lagi online..  So memandangkan anak2 dah besar, aku tawakkal ajelah tinggalkan anak2 dekat rumah temankan atok..  4malam tdo dalam wad, malam pertama mak dah bg hint tapi aku ignore.. Arghhh mak saja2 cakap.. tgh vidoe call ngan zulaika, dia siap pesan, nanti jangan nangis2 nyai tak balik... Malam ke2 dia xblh lena.. Malam k3, pesakit sebelah tu meracau2 kata tgk ada lembaga dpn tu tengah standby nak cabut nyawa.. Saat tu aku rasa, ...

Umrah Trip Part 5 - Ziarah Mekah

Image
Ziarah. Kalau ada peluang, ada rezeki masukkan Taif dalam senarai ziarah.. Kota Taif menjadi pilihan dakwah Rasulullah SAW selepas usaha baginda mengajak penduduk Makkah kepada akidah dan ajaran Islam tidak berhasil.Menurut ulama, antara sebab Baginda SAW memilih Taif kerana berhampiran kota itu ada perkampungan Bani Sa’ad iaitu tempat Nabi SAW menyusu dengan Halimatus Saadiah. Apabila tiba di Taif, Nabi SAW bertemu pemimpin-pemimpin utama Taif dalam kalangan Bani Thaqif. Dari situ terserlah kebijaksanaan baginda yang memulakan usaha dakwah kepada pemimpin atasan kota itu terlebih dahulu dan tidak terus berdakwah kepada penduduknya. Bagaimanapun, pelawaan Baginda SAW ditolak dengan cara sangat hina serta dihambur dengan kata-kata kesat. Baginda berada di Taif selama 10 hari ditemani sahabatnya, Zaid bin Harithah.  Sejak hari pertama lagi, Baginda SAW diejek dan dihina sama seperti penduduk Makkah lakukan yang tidak mahu menerima dakwah baginda. Sehinggalah pada hari ke-10...