Posts

Showing posts from March, 2023

Selamat Berpuasa

Image
Alhamdulillah Allah masih izinkan bertemu semula dengan Ramadhan.. Semoga Allah kurniakan sebaik2 kesihatan buat kita semua agar dapat lebih beramal dan sujud kepadaNya. Permulaan terawih dimulai dengan tazkirah ringkas. Allahuakbar seram sejuk mendengarnya.. Imam bertugas sekadar mengingatkan tahun depan genap 100thn kejatuhan Islam.. Maka bersedia lah untuk menghadapi saat2 sukar selepas ini. Zaman fitnah dajjal, kehadiran Imam Mahadi.. Ya Allah bergetar hati bila mendengar.. Semoga Allah pegang hati kami untuk lebih beramal, beriman dan bertakwa.  Selamat menjalani ibadah berpuasa.. Semoga Allah terima semua amalan kita semua.. tempatkan dan satu kan kita semua di syurgaNya.  

Syaban - Ramadhan

Image
Lama betul tak update.. “ Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan .” Arini dah melepasi 15 Sya'ban.. berbaki beberapa hari lagi nak masuk bulan Ramadhan.. Cepat betul masa berlalu.. Ingat minggu lepas nak la cabut balik Johor konon nak ziarah rumah baru mak tp cuaca tak mengizinkan pula.. Bila la blh balik.. Budak2 pun dah nak naik sekolah.. Kerja pun tgh bz pulak.. Alhamdulillah.. rezeki tahun ini.. Semoga Allah murahkan rezeki kami satu pejabat.. Doa bulan Sya'ban “Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yang mencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang ...