Surat dari Isteri...
Actually kisah ini ku ambil dari pemilik blog http://genta-rasa.com/2010/12/06/tragedi-cinta-isteri/#more-1254 ... hayatilah isi kandungan surat ini... sekadar ingin berkongsi ...semoga ianya menjadi panduan kepada kaum hawa.. para isteri serta juga suami... disaat kita ingin melangkah ke tahun baru biarlah ku buka buku baru dan tutup buku lama... Mudah2an kehidupan kita sentiasa dilindungi rahmat dari Yang Maha Esa.. INsyaallah... Suami ku yang disayangi, Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya. Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apata...