Syukur alhamdulillah atas izinMu kami semua selamat pergi dan balik. Trip Umrah 14/9 hingga 24/9 pastinya membawa kenangan dan pengalaman terindah. Sujud syukur di saat landed di Bumi Arab.. Masha Allah.. Umpama mimpi.
Hajat bawa anak2 alhamdulillah dimakbul kan. Begitu juga niat nak bawak abah.. Namun untuk bawa mak sekali, hasrat tidak kesampaian.. 😓
Alhamdulllilah adik bradik semua turun hantar kecuali adik bertuah sorang tu
Impian untuk menunaikan umrah ni dah lama.. Namun banyak benar ujian dan cabaran. Benarlah baik umrah atau pun haji, kalau kita berduit sekali pun klu Allah tak jemput dan izinkan, mmg xkan ada peluang.. Kadang2 rasa diri ni byk benar dosa sehingga tak layak menjadi tetamunya.. Namun bukan itu ukuran sebenarnya... Ustaz yg bagi kursus pun dok remind.. Allah tak jemput bukan tanda tak sayang atau tak layak.. Tapi Allah nak uji sejauh mana tahap keimanan dan kesabaran umatnya.. Jadi jangan berhenti berdoa, memohon dan bersedekah. Insha Allah satu hari nanti pastu ada jemputan dariNya.
Impian sebenar bermula dr thn 2004, masa tu plan nk gi ngan mak n abah aje hjg tahun 2004 tu.. memandangkan anak2 dah besar.. Namun kuasa tuhan kan... ter pregnant pulak tahun tu.. Pregnancy yg xpernah plan dan mmg xnak.. Sedar2 dah nk masuk 4 bulan.. Ko rasa.. masa tu mak kata camne.. aku ckp hmmm Allah belum izinkan la mcmtu mak.. mak kata xpe nnt adalah rezeki mak n abah dah pernah gi Haji pun.. Aku tau dia sedih.. tp dah bukan masanya.. Siapa kita nak menolak.
Tahun 2019 aku mula plan semula.. Ok gi survey kata cik abg kite.. Allah masa tu mmg berbunga2 hati. Tak sangka dia terbuka hati.. selalu ada je bangkangan dari pihak dia.. kita plan hjg tahun 2020.. Aku ckp ngan cik suami kali ni aku nk bawak anak2, aku nk bawak mak tp masa tu keadaan mak dah xsihat.. dah dialisis.. Mak kata xpelah ko bawak aje abah.. Tp abah kata abah xnak ikut klu mak xpergi.. Dengan keadaan mak macam tu mmg aku dilema sebab dengan anak2 lagi.. Dalam sibuk membuat perancangan, Allah uji dengan wabak COVID yg mana satu persatu negara mula lockdown.. Termsuk kemasukkan ke Mekah dan Madinah juga terjejas wpun musim Haji. Allahuakbar... Saat hati meronta2 untuk ke sana di uji pula dengan wabak COVID ini..
Saat pintu Mekah dibuka, keadaan kesihatan mak mula merosot.. sehingga la mak pergi meninggalkan kami.. yea tarikh 25/10/2021 mmg takkan pernah luput dalam ingatan.. Malah mak sempat berpesan, bawak abah pegi umrah macamana yang ko plan.. Allahuakbar.. mungkin mak tahu, dengan keadaan kesihatannya begitu, abah xmungkin ikut aku.. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Memang agak ralat dan terkilan kerana impian utk bawak mak dan abah untuk tunaikan umrah tidak kesampaian. Semoga Allah tempatkan mak bersama golongan orang2 yang beriman, dilapangkan dan diterangi kuburnya.
Perancangan awal juga xsemudah yang dirancang.. Bermula pemilihan TA, tarikh mula2 agak tegang jugak.. Sehingga aku rasa agak down jugak. Merajuk jugak. Namun aku xhenti2 berdoa agar Allah permudahkan urusan kami dibukakan pintu hati suami agar perancangan Umrah kami dipermudahkan dan diberkati. Susah jugak klu dia tak izinkan. Alhamdulillah berkat kesabaran tarikh 14/9 - 24/9 menjadi pilihan. Impian untuk dapat 2 Jumaat, sehari di Madinah dan sehari di Mekah Allah izinkan. Sejujurnya pemilihan hotel kami serahkan sepenuhnya pd TA.. Cuma impian dan hasrat kami biarlah selesa dan dekat agar mudah untuk kami beribadah memandangkan trip ini dengan anak2 dan juga abah. Syukur Allah mudahkan dan diberikan keselesaan buat kami sekeluarga. Hotel di Madinah dari 3bilik diupgrade ke Suite VVIP. Masha Allah
Terima kasih abang.. Nilah teman bergaduh dari dulu sampai sekarang..kejap baik kejap tidak.. Adat hidup berumahtangga begini la hahaha. Alhamdulillah Allah izinkan untuk terus bersama hingga kini.. Love you so much..
Our 1st trip.. Sebelum ni paling jauh Sabah je
Dalam Flight duduk sebelah atin.. teman gossip mama sepanjang jalan..
Breakfast di Jeddah Airport.. AlBaik.. mcm ala2 KFC mcmtu laa.. masa ni semua jet lag tp teruja lagi.. wpun kepala dah fening2 lalat.
Monitor kt flight.. Dok menghitung masa.. Tak sabo
Pemandangan luar Airport Jeddah.. masa ni baru jam 9.00pagi tp cuaca panas terik suhu pun dh 39C
Sedap2 makan dlm Saudi Airlines ni. 3kali makan.. camno nk tdo
From airport nak naik train pulak.. just side by side
Ok masing2 dah duduk xlarat.. Fawwaz dah sibuk nak duduk sebelah mama..
Madinah Station.. Dahsyat lawa weiii
Boleh nampak tak tiang tinggi2 tu.. Itulah Masjid Nabawi.. Weiiii masa ni hati dup dap dup dap.. tak percaya pun ada..
Jabal Uhud
Melintasi kawasan perkuburan Baqi. Persemadian tpt para sahabat Nabi.. Besar fadhilat klu meninggal dan dapat kebumi di Baqi ni. Klu ikut rakyat Malaysia susah nak dpt tpt disini, ada satu kawasan perkuburan khusus untuk org luar. Namun sebaik kami tiba, diberitakan Jumaat lepas ada Jemaah Malaysia disemadikan disitu.. Allahuakbar..
Menunggu di lobi sementara Mutawiff kami settlekan check in. Masa ni baru selesai solat zuhur.. Tak sempat kami nak sertai.. Ok cpt2 siap untuk solat Asar pula.























No comments:
Post a Comment