Khamis Malam Jumaat - Buat wakaf utk Arwah Mak dan Mama Fiza
Selebihnya untuk mereka2 yang kirim padaku. Wakaf separuh di Madinah, dan juga Mekah
Ada beberapa kutamaan atau keistimewaan Jabal Uhud. Pertama, Jabal Uhud merupakan gunung yang ada di surga. Jika ingin melihat bukit yang ada di surga, maka berziarahlah ke Bukit Uhud sebagaimana Nabi ﷺ pernah bersabda: “Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di surga.” Demikian hadis riwayat Al-Bukhari.
Kedua, Rasulullah ﷺ mencintai Jabal Uhud
“Gunung Uhud adalah gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya,” demikian hadits riwayat Al Bukhori. Jabal Uhud pernah bergetar ketika Nabi Muhammad ﷺ berjalan di atasnya bersama Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Utsman RA.
Berlatar belakang Jabal Uhud
Masa ni Nabil xsihat, so Nabil dan abah duduk dibawah.. Kami mendaki bukit disini
Sekitar Masjid Quba
Jemaah yang turut serta dalam kumpulan kami. Asal perancangan hanya kami sekeluarga. Allah hadir kan teman2 so meriah sedikit.
Orang paling seronok dapat shopping.
Rambang Mata. Sampai xreti nak pilih
The best aiskrim
Telaga dimana air ini pernah digunakkan Rasulullah saw untuk mengambil wudhu
Gambar sebelah tu, kawasan ladang kurma... Sebelah tu surau dimana tempat Rasulullah saw pernah bersembahyang subuh
Telaga Iziq.
Nabi s.a.w sewaktu 4 hari baginda duduk di rumah Sayyidina Khaltum Ibn hidm r.a baginda pernah duduk di samping perigi ini ,Sedang baginda duduk , baginda di beri setangkai kurma , orang arab jika kurma setangkai di di panggil Iziq , sambil itu baginda ingin minum air dari telaga ini , namun airnya masin tidak sesuai di minum . Maka baginda Nabi s.a.w ludah ke dalam perigi tersebut , barulah airnya sedap untuk di minum sehingga hari ini . Maka antara sunnah nabi s.a.w ,suka menamakan sesuatu benda contoh pedang nabi , haiwan peliharaan nabi , begitu juga perigi ini , oleh kerana nabi sedang memegang setangkai kurma , atau orang arab panggil iziq , maka baginda s.a.w menamakan perigi tersebut dengan nama Bi'r Iziq .
Masa ni kawasan Telaga Iziq sunyi dan tenang. Kami group terawal tiba sebaik sahaja selesai solat Asar di Masjid Quba

































No comments:
Post a Comment