Tuesday, March 10, 2026

REZEKI

Sekejap aje dah masuk 10malam terakhir Ramadhan.. Alhamdulillah.. Ini juga satu rezeki Allah hadirkan dan dapat bertemu semula bulan Ramadhan tahun ini.. Tahun hadapan, wallahualam. Dapat beribadah dalam keadaan yang masih sihat.. Ini juga rezeki.

Rezeki adalah konsep yang sangat luas, terutamanya dalam Islam. Ia tidak hanya bermaksud wang atau harta, tetapi segala pemberian yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sepanjang hidupnya. Betul dikurniakan kewangan yang kukuh memang kurniaan rezeki dariNya.. Tapi 

1. Kesihatan yang baik juga satu REZEKI

2. Kurniaan anak2 yang soleh dan solehah juga REZEKI

3. Diberi peluang berbakti dan menjaga kebajikan ibubapa juga REZEKI

4. Diberi pekerjaan yang baik dan boss yang baik juga REZEKI

5. Mempunyai ruang dan masa lapang juga REZEKI

6. Mempunyai sahabat dan keluarga juga REZEKI

7. Menetap di negara yang aman damai pun satu REZEKI..  Kita pun tak pasti perang 3penjuru kali ni sampai bila atau ini baru permulaan atau sebaliknya.. Kita sekarang btul2 berada diakhir zaman. Semoga Allah pegang hati kami, iman kami.. 

Semua rezeki datang daripada Allah, namun sebagai hambaNYA kita perlu berusaha mencarinya. Kita digalakkan bekerja dan berusaha kerana usaha adalah sebahagian daripada jalan untuk mendapatkan rezeki. Keberkatan dalam mencari rezeki. Bukan hanya jumlah yang penting, tapi rezeki yang sedikit cukup dan membawa ketenangan. Cara “membuka” rezeki menurut ajaran agama. Beberapa amalan yang sering dikaitkan dengan meluaskan rezeki ialah:

  • Berusaha dan bekerja dengan jujur

  • Bersedekah

  • Bersyukur

  • Berdoa

  • Menjaga hubungan dengan keluarga. Kalau masih ada ibubapa berbaktilah.. Insya Allah rezeki yang dikurniakan luas sekali. Walaupun xmewah tapi tak pernah putus.. 

Oh dapat mimpi jumpa mak pun satu rezeki.. Allahu.. kalini mak datang dengan bawak sejambak bunga ros merah dengan senyuman yang manis sekali.. mak suka yea orang jaga makan minum abah.. sebab tu mak bg bunga..  Alhamdulillah orang percaya mak tenang disana.. mak bahagia disana.. Tapi mak jangan lupa yea.. cari kami tarik kami, pimpin tangan kami semua ke dalam SYURGA yea.. doakan kami adik beradik dapat jaga kebajikan abah hingga akhir hayat.. wpun ada yang terpeot, mak doakan tau..semoga Allah buka hati adik2 yg 3org tu jaga abah dengan ikhlas

Apa pun jua ujian dan dugaan yang datang, semoga kita hadapi dengan SABAR dan REDHA. Semoga Allah terima amalan dan ibadah kita semua. Salam 20 Ramadhan 1447H... malam mencari Lailatul Qadar bermula.. Semoga Allah izinkan kita bertemu di malam Lailatul Qadar..

No comments: