Allahuakbar.. Mendapat perkhabaran permergiaan Wak Yah dihari yang mulia, bulan yang mulia, di 10malam akhir ramadhan.. Dan juga pada tarikh kelahiran mak.. diorg dah plan nak sambut raya bersama rupanya.. Bercambur baur perasaan hati.. dalam kemeriahan utk mengejar malam2 akhir ramadhan, dalam keseronokan untuk berhari raya.. maklumlah after 5tahun mak pergi, kami adik beradik decide untuk sama2 berkumpul kat Kota Damansara.. sama2 masak dan berhari raya.. walaupun kehadiran tidak lengkap.. yg ada cumalah 4/6 cukup dan memadai la buat kami...yang penting cukup la wat abah rasa bahagia sambut lebaran.. maklumla abah pun xde adik bradik dah..
Deep sangat dengan tazkirah ringkas selepas kebumi wak yah.. klu kebiasaannnya selalu kita dengar bacaan talkin.. ini boleh dikatakan selingan kisah dan fadilat berbakti pada kedua ibubapa selagi mana masih ada hayat mereka. dan ujian terbesar adalah ketika menjaga mereka tika mana mereka tidak sihat... Yea tidak dinafikan berat ujian bila jaga ibu ayah ni.. bukan apa kadang2 kedegilan mereka tu menguji kesabaran anak2.. Tapi aku selalu berdoa agak kami adik beradik sentiasa bersabar dengan karenah abah.. begitu juga dengan sebelah mertua.. semoga Allah kurniakan kesabaran buat kami.. diberikan laluan ke SYURGA tanpa dihisab.. Semoga Allah kurniakan, dimurahkan rezeki dan barokah..
Kali ni mmg rasa sayu sangat.. dari awal lagi rasa xde semangat nk berhari raya.. Maybe faktor usia juga buat rasa raya bukan lagi priority. Dan betul bila mana mak dah tiada kemeriahan hari raya mmg dah hilang.. Al Fatihah buat mereka yang telah mendahului kita semua.. Semoga Allah satukan mereka, dilapangkan kubur mereka, ditempatkan bersama golongan orang2 beriman... Mak dah jumpa ngan adik bradik mak.. Wak bachik, wak misai, wak yah, cik pah.. dari 11 org, 5telah pergi.. berbaki lagi 6 itupun masing2 tidak sihat.. Kita? Pun tak tahu masih ada ke ruang utk jumpa ramadhan lagi pd Tahun Hadapan...
No comments:
Post a Comment