Pergi Yang Takkan Kembali
Allahuakbar.. Mendapat perkhabaran permergiaan Wak Yah dihari yang mulia, bulan yang mulia, di 10malam akhir ramadhan.. Dan juga pada tarikh kelahiran mak.. diorg dah plan nak sambut raya bersama rupanya.. Bercambur baur perasaan hati.. dalam kemeriahan utk mengejar malam2 akhir ramadhan, dalam keseronokan untuk berhari raya.. maklumlah after 5tahun mak pergi, kami adik beradik decide untuk sama2 berkumpul kat Kota Damansara.. sama2 masak dan berhari raya.. walaupun kehadiran tidak lengkap.. yg ada cumalah 4/6 cukup dan memadai la buat kami...yang penting cukup la wat abah rasa bahagia sambut lebaran.. maklumla abah pun xde adik bradik dah.. Deep sangat dengan tazkirah ringkas selepas kebumi wak yah.. klu kebiasaannnya selalu kita dengar bacaan talkin.. ini boleh dikatakan selingan kisah dan fadilat berbakti pada kedua ibubapa selagi mana masih ada hayat mereka. dan ujian terbesar adalah ketika menjaga mereka tika mana mereka tidak sihat... Yea tidak dinafikan berat ujian bila jaga ibu...