Salam Aidil Adha.. Masha Allah kerinduan di bumi Mekah memang sukar diluahkan.. Saat terlihat posting2 mereka yang sedang menunaikan fardu haji, terbit rasa cemburu lebih2 lagi melihat mereka yang masih muda.. Allah jemput la kami di saat kami masih sihat dan bertenaga.. Jemput kami Ya Allah.. kita throwback la semula saat2 umrah tahun lepas.. teringat saat ini, tika ini memang aku bersungguh2 memohon agar Allah tunaikan impian aku menunaikan umrah bersama2 suami, anak2 dan abah..usai selesai musim haji.. Syukur alhamdulillah Allah tunaikan.. Tahun ini saat yang sama aku bermohon agar diberi peluang untuk dapat tunaikan Haji pula semoga Allah angkat doaku.. Ameen..


Pemandangan dari puncak Jabal Rahmah.. Dibawah kelihatan Padang Arafah.. Pada saat itu pun agak sesak dan kami terpaksa parking jauh dari kawasan ini.. perlu berjalan kaki.. Masha Allah pada masa itu memang menyeronokkan dan teruja.. Namun balik dari sini, sakit kaki jangan sebut la.. itu baru memanjat Jabal Rahmah dan berjalan sedikit sahaja.. Bayangkan klu waktu Haji.. semoga diberi peluang
Bergambar kenangan ngan Fatin lepas tawaf sunat. Masa ini hari Jumaat. Saat orang berasak2 mendapatkan tempat/ruang untuk solat Jumaat dengan izin Allah, tiba2 ada terbuka laluan untuk terus menuju ke dataran Kaabah dan terus tunaikan tawaf sunat.. Namun tawaf kami terhenti pada pusingan k4 sebab solat Jumaat akan bermula... kami terus dibawa ke ruang solat perempuan dan masih mengadap ke Kaabah.. Selesai solat Jumaat, baru la kami selesaikan pusingan tawaf. Dan kenangan ini masih segar dalam ingatan.. sungguh aku rindu sangat...
Doa kedua, selesai menunaikan umrah memang aku berdoa agar dapat buat Qurban pula.. Alhamdulillah kekal bersama.. kami anak beranak dan abah berkongsi rezeki.
Surah Al-Maidah (27)
Ibadah korban adalah tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Bagaimana mahu mengatakan kita bersyukur sekiranya kita tidak membuktikannya? Bersyukur dengan berkorban dan seterusnya berkongsi kesyukuran itu dengan mereka yang memerlukan.
Selesai qurban, kami terus bersiap2 pulang ke Ipoh.. rancangan awal memang tidak balik pun namun berita bapak mertua admitted dan keadaan dia agak membimbangkan, kami buat keputusan untuk terus balik.. Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan.. terpaksa serah abah kat Amir pula memandangkan Abah datang KL seminggu sebelum raya untuk bersama2 menyaksikan ibadah Qurban.. Sian pula tolak abah ke sana ke sini..

Semoga bapak cepat sembuh... Sibuk suruh pujuk doktor bagi dia balik supaya dapat berkumpul ngan anak, menantu dan cucu2.. tapi itulah.. bukan mudah doktor nak bagi balik memandangkan keadaan kesihatan dia masih belum stabil.. siap cakap takpe bapak boleh sign apa2 semua atas tanggungan bapak.. sian jugak namun kami juga tiada daya.. Apa yang kami mampu hanya doakan kesihatan bapak dan semoga Allah permudahkan.. Mak dan bapak pun dah sepakat tak bagi anak2 semua sign if doktor nak tebuk2 or buat scoop (untuk detect keadaan usus).. Aku hanya mampu mendengar perbincangan mereka.. Teringat saat masa diuji dengan kesihatan mak dulu.. Saat ini laa kita akan lihat bagaimana anak2 bersatu dan sepakat 😓.. Sedih pula teringat arwah mak.. Jujur aku rasa, aku puas diberi ruang jaga mak saat2 akhir.. dapat uruskan jenazah mak dari awal sampai akhir.. masih teringat2 sejuknya pipi mak.. dahi mak saat pengecaman jenazah.. cuma aku xde saat mak menghembuskan nafasnya.. Dan memang itu juga aku pohon dan berdoa sebab aku tak sanggup menyaksikan..
No comments:
Post a Comment