Monday, August 15, 2022

Ketentuan Tuhan

 


Yang hidup lawannnya mati.. Allahuakbar, kami diuji lagi.. Kadangkala rasa trauma menghantui diri siapa pula selepas ini.. Sekarang pun hpone memang sentiasa disebelah.. klu blh sekuat yang mungkin.. bimbang klu2 ada perkara2 emergency begini aku xtak dapat dihubungi. Semenjak mak pergi bila ada je bunyi hpone tgh2 malam, msg masuk bertalu2 hati mesti berbisik ada apa lagi ni..

Masha Allah, setelah melalui beberapa kematian, aku tgk jenazah Wak Aris tenang sungguh umpama sedang tidur. Raut wajahnya kemerah2an nampak fresh sungguh. Rasanya setiap kali menatap wajah mayat,mmg pucat lesi asbab darah mmg dah takde.. tp wak aris sangat berbeza. Pemergiaanya juga dilihat mudah sangat.. Yang sakit dan pedih, adalah insan2 yang ditinggalkan. Perginya tanpa pesan. Insha Allah pengakhiran yang sangat baik...

Seminggu yg lalu kita bersua dan bertemu di Majlis Tahlil utk semua yang telah pergi.. Selesai majlis, aku turun bawah sambil makan caramel n duduk bersembang dengan ema.. Tiba2 wak duduk sebelah aku sambil bawak caramel n makan.. Dia tanya ko yang bawak ke.. Wak tak pernah makan benda2 macam ni xlalu.. Tp entah kenapa yang ni wak rasa sedap pulak.. Ni dah 2bekas abis.. selera pulak.. Nasi2 tak lalu.. Tak lama anak Rin nak balik.. lama dia peluk si Amni.. dia kata xubah macam mak ko.. rindu pulak wak kat si rin kecik2..

Byk jua yg kami sembangkan.. kenangan yang Allah hadirkan.. 

Selamat berangkat ke dunia abadi Wak Aris.. Semoga Allah tempatkan wak bersama orang2 yang beriman. Buat mu Junaidah aku tahu ko kuat.. Allah tidak akan menguji pada setiap hambanya jika dia tidak mampu hadapi.. InshaAllah ada ganjaran yang kita tidak tahu.. Hikmah dan ganjaran buat mereka yang sabar, tabah dan redha dalam ujian yang dihadapi. Kehilangan suami dan juga abah di pangkuan dan depan mata pastinya mengamit memori dan kenangan yang yang tak akan pernah luput dari ingatan.. Insha Allah bersangka baik, pasti ada pelangi yang sedang menanti dihadapan... Semoga kita semua mati dalam Husnul Khatimah dan keredhaan Allah..Sama2 berpimpin tangan menuju ke Jannah.. Ameem

No comments: