EH DAH NAK RAYA
Diam tak diam tinggal beberapa hari je nak raya.. Asal plan macam2 udahnya ke laut.. Makin nak dekat, makin sayu rasa hati.. rasa2 elok laa PKP je.. mampus budak2 opis ni dah sempah seranah kat aku.. jangan cabul mulut kak.. hahahaha
2tahun kot beraya bersama family kecik aku.. yang duduk merantau faham la macamana rasanya.. lps makan, tidur.. makan lagi.. sampai Fawwaz kata macam ni ke raya.. duduk rumah aje.. xde sapa pun nak datang rumah.. Allah kalau ingat2 tragis rasa.. rasa macam anak terbuang pun ado.. Jangan tidak laa PKP 1.0 adalah amir datang.. berjaya meloloskan diri.. raya thn berikutnya semua duduk rumah aje.. kes meningkat.. nak mai beraya rumah orang pun, orang takut.. kita nak menjemput pun takut.. ialah raya tahun kedua2 PKP, kes makin tinggi.. awal2 pagi polis masuk taman wat rondaan bagai..
Tahun lepas VC ngan mak, abah.. meleleh2 airmata bagaikan dapat merasakan tahun depan entah dapat ke tidak beraya bersama.. Gerak hati tu betul.. tahun ni mak memang dah xde.. selalu sahur2 sibuk dia suruh adik VC tgk cucu2 kt KL dan bangun belum.. Pastu sibuk tanya bila nak balik.. dah buat kuih belum.. sibuk suruh buatkan untuk rumah kat Johor.
Tahun ni sepi.. xde VC selalu.. kalau tidak hari2 VC.. hari2 mesti cal.. abah tak macam mak.. ada perkara nak diborakkan.. ada benda nk gossip.. ada benda nak ngadu.. paling tidak dia cal.. Along gi cal adik dah bangun sahur belum.. xturun2 ni pun.. tanya adik bila sampai.. Tp klu abah paling tidak bila cal dia pass kat adik.. nah cakap ngan adik.. Allahu..
Hajat nak buat kuih raya.. nak buat utk cik shima sekali.. barang dh beli tp pandang sepi.. Atin tanya bila nak mula.. entah laa mood xde camne nak buat.. atin kata yg mama beli barang banyak2 buat apa.. 😂😂. Hajat beso tapi xkesampaian..
Tahun ni abah kata kita raya Johor dulu yea.. lepas sembahyang raya, gi kubur.. nak bawak abah gi mana pun abah ikut.. Allah syahdu rasa.. Nak kawinkan abah pun xboleh jugak.. Tp time macamni laa rasa sayu.. syahdu.. Abah xde adik beradik.. Abah cuma tumpang kasih sayang adik beradik mak aje.. mak dah takde, abah pun xde sapa.. Abah ada anak2.. Tapi anak2 semua masih ada mertua. Kami cuba la yang terbaik untuk abah.
Cik Non pesan.. bawak aje abah raya kat sini..macam dulu2 jugak kita kumpul.. mak mertua n bapak mertua aku pun pesan.. Ida ajak abah mai Ipoh.. Kami berdua pun xsihat mana dah ni.. xde pi raya mana2 dah ni.. Kakak dah warning.. kita raya di Ipoh saja.. xpayah pi Penang.. Amir plak kata, xpe kita bg abah kawan ngan abah Fiza.. dua2 duda.. Allah permudahkanlah.. Semoga Allah kurniakan sebaik2 kesihatan dan kebahagian buat abah.
Geng2 mak kat Johor pun sibuk bertanya khabar. Long ko balik dtg rumah cik Rozi.. Raya sama2.. ko ngan amir dah mcm anak2 aku.. Cik Umi pun cakap ko balik Long, masak utk cik umi macamana mak ko masak.. Allah.. Cik Umi rindu nak makan masakan mak ko.. Ramai lagi yg amik berat rupanya.. padahal aku dah tua bangka kot.. Hahaha Alhamdulillah dikurniakan dengan jiran2 yang baik.. sahabat2 yang baik..
Long aku dpt transfer dr KPJ Johor k KPJ Pasir Gudang.. Aku selalu suruh mak ko tolong doa untuk aku tiap kali dia dtang sini.. Alhamdulillah dia selalu kata dia sentiasa doa untuk aku.. Allah kami semua bukan setakat bersahabat.. Tp mak2 jugak kami dah anggap macam mak sendiri.. Sebelum2 ni ada jugak member2 dtg nk jumpa mak sebab rindu zaman sekolah kami.. tpt kami sama2 tunggu bas.. kadang2 mak kata tah sapa2 kawan ko dtg long nak jumpa.. kadang2 bg makanan, bagi hadiah.. mak bukan ingat semua kawan2 ko.. yang mana rapat ingat lah.. tp kali ni kawan2 along semua ajak reunion mak.. reunion di kawasan perkuburan di pagi raya.. Allahuakbar.. Izza pun selalu bgtau k.long aku jumpa k.sue.. aku jumpa Fatnun.. aku jumpa abis semua dia sebut nama kawan2 aku.. klu dilihat kesedihan aku.. lagi sedih mereka kerna diorg lagi awal kehilangan mak atau ayah.. malah ada yang telah kehilangan kedua2 nya... Long, Mai dah lebih 20tahun jd yatim piatu.. kawin pun mertua dua2 xlama.. Setiap kesedihan yang kita lalui, ada lagi insan yang diuji dengan pelbagai ujian..
Selamat tinggal Ramadhan.. Berbaki 5 hari lagi sebelum Syawal menjelma. Semoga Allah terima amalan kita semua.. dan mudah2an ini bukan la Ramadhan yang terakhir.. Semoga Allah temukan kita dengan Ramadhan tahun depan. Terasa benar kesayuan ramadhan kalini.. tiap kali terawih berjurai2 airmata.. harap2 org kiri kanan tak perasan laa air apa pulak tumpah bila time rukuk 😊 mesti dia kata khuyuk nya lahai.. betul menghayati ni..
Ramadhan kali ini juga turut menguji kesihatan ibu.. Pengasuh anak2.. 18tahun lamanya kot aku dah kenal ngan kak mazidah ni.. dr zaman hantar hazim sampai la sekarang.. dia sendiri sama2 tgk anak2 aku membesar bersama.. malah dia bahasakan diri dia ibu jugak.. lebih mesra katanya.. Diuji dengan kanser pangkal rahim.. Allahuakbar.. Fidah doakan ibu sihat semula dan diberikan kesembuhan.. InshaAllah sebab kanser ibu masih diperingkat awal.. cuma diusianya begini, kimoterapi tidak dicadangkan.. hanya perlu menjalani radioterapi.. Semoga Allah angkat dan makbulkan doa kita semua untuk kesejahteraan dan kesihatan ibu..


Comments