Allahuakbar.. berat untuk menulis namun perlu meluahkan.. Sejujurnya aku masih belum dapat menerima hakikat sepenuhnya mak telah meninggalkan kami.. Iya mulut kata redha.. tp dalam hati masih belum mampu melupakan.. Allah pinjam kan mak pada usia aku 43thn 10bulan.. lagi 2bulan mak, nak genap 44tahun. Mana mungkin dapat aku lupakan kenangan bersama dalam sekelip mata..
Mak, along tahu along bukan anak yang terbaik apatah lagi mendengar kata.. Ada kalanya terbit rasa kekesalan didalam hati setiap kali melawan kata2 emak.. namun ada kalanya aku perlu bagi memastikan yang terbaik buat mak semua..
Dari zaman sekolah, kita sering kali berselisih pendapat.. namun tetap ku turuti apa jua kehendak mak.. Namun peristiwa mak menentang keras ketika ingin melanjutkan pelajaran dalam Ijazah memang akan menjadi kenangan buat selama2nya... Ia memang aku agak berkeras ketika itu.. bermasam muka sebulan lamanya sehingga kan mak menangis, kesal dengan sikapku.. Namun berkali2 aku yakinkan peluang yang datang hanya sekali.. Usai dihalang perjalanan ku ini.. Mak hanya mengatakan kasihanila pada adik2 yang nak belajar.. Sehingga aku mengambil langkah membawa diri dan mencari jalan penyelesaian bagaimana cara untuk menyambung pelajaran.. Kecewa.. sudah tentu2 nya.. Namun kejayaan yang dicapai sehingga harini membuatkan aku yakin, aku pilih jalan yang benar.. Aku berjaya buktikan pada mak.. Mak Along dah berjaya... Anak mak dah berjaya.. Sudah pastinya mak mendoakan kejayaanku walapun mulutnya menetang keras.. Tapi aku tahu hatinya tetap mendoakan kejayaan ku.. Terima kasih mak atas segala doa dan tunjuk ajar mak..
Saat2 jaga mak di hospital tu, mak banyak bagi hint. Namun seperti biasa, aku ignore perasaan itu.. Walaupun hati kecilku mengatakan ya.. aku perlu bersedia, tapi hakikatnya aku tidak mampu.... Aku cuba buat yang terbaik.. cuba sediakan mana2 keperluan mak supaya mak lebih selesa.. Namun siapa aku untuk menentang takdir.. Saat mak bising marah aku buang2 duit beli katil, aku balas semula.. Mak tak perlu pikir.. Baik mak doa.. Ya Allah, terima kasih atas kurniaan ini. Murahkan dan berkati la rezeki anak2 mak ni.. Pantas mak ikut apa yang aku ucapkan.. Allah2 bila ingat kembali hatiku terus terasa hiba.. Adakah itu doa yang terakhir dari mak buat anak2nya.. Berjurai air mata bila kenang kembali..
Sedikit coretan dan kronologi supaya peristiwa ini kekal dalam hati dan sanubariku..
Ahad - 24/10/2021, 10.00pm
Adik hantar mesej bagitau berak emak dah hitam.. Mak mula pesan macam2.. Emak pesan supaya semua anak2 bacakan Yassin dan doakan apa yang terbaik untuk mak.. Mak kata jangan sekat perjalannan mak.. Redhakan.. Allah2
Mak pesan lagi.. Maafkan mak klu ada salah dan silap.. Pada masa tu hanya airmata mengalir.. aku xmampu nk ucapkan apa2.. Aku bgtau adik.. tolong cakap ngan mak, aku minta maaf banyak2. Aku tahu aku banyak melawan, aku selalu xdengar kata2 mak.. Adik kata mak ckp mak maafkan.. Mak kata Kak Long ko tu baik tapi garang sangat... Aku sempat bergurau.. Garang ikut mak la.. Allahuakbar... satu ketenangan bila dengar mak dah maafkan anak2 mak.. Tapi aku cuba positifkan diri.. kami VC seharian.. mmg nampak keadaan mak agak lemah sangat..
Isnin - 25/10/2021, 2.00am
Adik cal bgtau mak kejut mintak hantar ke hospital.. Aku cuba melenggah2 kan.. Cuba lagi positif, namun hati mula tak keruan. Namun kami usahakan juga untuk panggil ambulans.. Pukul 3am adik cal blk.. bgtau dah ada ambulans dan otw dtg rumah.. sedang kami bersembang terdengar suara mak bising dibelakang.. Allah kedengaran suara mak sangat2 sihat.. aku tanya pada adik, tu bukan suara mak ke.. segar aje bunyinya.. Adik kata iye suara mak.. haah elok ni kak long.. Aku pun confuse mak ni sakit ke tidak.. Aku tanya pada mak.. Kenapa mak nk gi spital.. Aku kata blh tak kita tunggu pagi skit.. cuba cal hospital dulu memandangkan esok appointment mak jumpa doktor. Mak kata sakit la perut mak, mak nak amik injection tahan sakit.. Aku cuba memujuk, sebab klu kami hantar ke ER, HSA. Mak mesti kena tahan. Duduk dalam ER bermakna kami xblh nak tunggu atau pun teman.. Seboleh2 nya kami mohon mak bertahan sedikit. Jam 4.30am baru ambulans sampai.. Misi yang ikut dlm tu pun bgtau.. Eh makcik npk elok je ni.. kenapa nk gi spital.. cuba berbincang dan akhirnya mak akur.. kita tunggu esok.. Wpun mak nak gi dialisis naik ambulans.. tak larat katanya.. So ambulans tu pun kami booking utk 2 hari.. Satu utk k dialisis.. Sehari lagi utk k HSA utk appointment
Isnin - 25/10/2021, 10.00am
Aman mesej baru tau.. Korang standby yea klu mintak balik, mak dah muntah dan berak hitam nie.. Allah.. pada masa tu tengah meeting.. setiap mesej yang diterima penuh dengan debaran.. Sehingga la satu panggilan VC diterima... Sejujurnya aku xpasti perasaan pada ketika itu.. Kebetulan Cik Shima juga ada.. cuba ajar mengucap dan sebut Allah.. kalau dilihat pada mata kasar, mak bukan kategori nazak.. Tapi lebih pada menahan sakit.. Setelah beberapa minit ucapkan kalimah Allah, mak nampak tenang dan tidur.. Sedikit kelegaan di situ.
Isnin - 25/10/2021, 11.30am
Adik kata mak dah bangun, nampak dia lebih segar namun masih lemah.. Cal doktor HSA, diorg mohon buat dialisis dahulu sebelum dtg ke HSA.. pada masa itu mak kata, ok lah kita pergi dialisis.. Rasa badan pun dh ok skit.. Maka bersiaplah mak. Setibanya di Pusat Dialisis dlm 12.30, diorg maklum mak npk lemah.. cal doktor bgtau ok kita buat 2jam sahaja which is normally take about 4hours.. Namun di sinilah bermulanya kisah menyayat hati... Ketika mesin baru nak dimulakan, mak tetiba mengalami kekejangan... BP, Oksigen tiba2 drop. suasana yang asalnya sepi tiba2 menjadi kecoh.. dengan pantas diorang cabut semula wayar2 dan mohon hantar terus ke HSA. Rezeki mak semuanya dipermudahkan.. memang ambulans yang kami sewa setia menunggu, dengan pantas terus ke HSA... Tiba di HSA dlm kul 2.00pm.. Mak terus dibawa ke Zon Merah dan akhirnya tepat jam 2.30pm mak disahkan telah meninggal. Innalillahiwainailahirajioun..ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Tiada yang kekal selain dari Allah..






No comments:
Post a Comment