Agak lama blog ini terbiar sepi.. Tiada masa lantaran terlalu byk perkara yang perlu diselesaikan.. Segala2nya bermula pada awal tahun 2020.. Tahun yang dinanti2kan dengan penuh kegembiraan.. dengan harapan membawa sinar baru dlm era kemodenan dunia..Pembukaan 2020 sendiri membuka tirai kesedihan.. Entah mengapa jauh di sudut hati menyatakan tahun 2020 bukan tahun ONG bak kata org cina.. Pelik tapi itula hakikatnya.. terasa bakal menempuh cabaran dan dugaan yg cukup besar. Ku sangka tahun 2020 sahaja rupa2nya membawa ke tahun 2021..
Masha Allah.. Tiada siapa menduga saat menyaksikan China berdepan dengan musibah yang menakutkan akhirnya Malaysia jua turut merasai nya hingga kini.. Allahuakbar.. Besar UjianMu..
2021 - Saat awal membuka tirai juga adalah saat2 tidak menarik.. Anak2 masih berdepan dengan PDPR.. dari PKP 2.0 membawa k PKP 3.0.. Bila semuanya berakhir... Kes makin lama makin tinggi.. Kalau dulu kita hanya membaca dan melihat di TV.. Namun pelan2 corona ni dtg menghampiri... Ya Allah lindungilah kami dari wabak covid.
Bermula dengan kehilangan ibu mertua amir akibat covid. Bagaimana satu family diuji dengan positif covid.. Menyaksikan sorang2 dibawa ke hospital dan pusat kuarantin - Sedih dan sayu menyaksikan bagaimana masing2 berperang dengan emosi.. Bagaimana kita yg dekat cuba membantu tapi tidak dibenarkan.. πAllah kejam sangat covid nie.. Pada yang telah melalui hanya iringan doa dan harapan agar diberi kekuatan.
Kehilangan Siti Sarah - Mungkin dia tiada kaitan dengan ikatan kekeluargaan. Namun kehilangannya akibat covid juga membuatkan hati ini tidak henti2 mengalirkan airmata.. Sedih melihat dia turut tewas.. Melihat bagaimana anak2 kehilangan ibunya.. Dan menambahkan lagi rasa kagum atas kebajikan yang dibuat.. Sana sini menceritakan tentang sarah.. Allah aku cemburu sangat2.. Tagline Bersalin di dunia, berpantang di syurga.. Ditidurkan di dunia dan dibangunkan di syurga.. Allah2 beruntungnya SITI SARAH.. Tanda2 khusnul khatimah.. kematian yang menghidupkan.. pengakhiran yang hampir sempurna..
Kehilangan Syakiera - Hilang sebenarnya kata2 saat dpat khabar berita kehilangan ahli keluarga sendiri ππ Syakiera isteri pada Aidil sepupu sebelah emak.. Terlihat posting kiera di FB pada Aidil, agar diorg perlu kuat utk sama2 menjaga Annur.. Namun siapa sangka dan siapa kita nak menolak takdir.. Sama2 ditidurkan.. Sama2 disebelah katil.. Aidil dah sedar, kiera masih lagi ditidurkan.. Namun Isnin 23 Ogos 2021, akhirnya kiera tewas.. kejamnya kamu covid.. umminya meninggalkan Annur yang masih kecil dan memerlukannya. Chrismas tahun lps buat pertama kali jejak kan kaki ke kedai perfume mereka.. berkali2 kiera mesagge srh dtg kedai. beria2 dia ckp kiera nk bg along hadiah klu dtg sni.. kira hadiah besday la kan... selalunya aku kirim dari wan aje utk beli perfume.. becok mulutnya bercerita.. sama becok masa mula2 biz bekam mereka bermula.. sempat juga merasa bekam dgn kiera.. pertama dan terakhir buat.. lps tu xpernah lagi buat bekam..π
2bulan lepas sama2 uruskan arwah nyai bik.. kebetulan bertentangan dgn kiera.. becok mulutnya uruskan nyai.. becok untuk ingatkan sama2 sambil mandikan sambil berzikir.. sampai satu masa diakhirnya dia asyik berkata.. kiera nak nyai wangi.. nak nyai cantik2.. sambil kapan sambil dibelai2 nyai.. teringat lagi dia kata ehh tgk nyai senyum la.. comelnya nyai.. dlam hati berkata jugak.. over btul kiera ni.. dr awal smpi ke kubur dia sibuk nak uruskan.. tp itulah kenangan yang along akan kenang smpi bila2.. kita xrapat pun.. mungkin sbb jarak usia dan terpisah benua.. jarang2 berjumpa jadi takde apa yg blh dikongsikan.. Namun pengalaman dan ingatan di saat2 akhir akan tetap menjadi memori indah bersama... Semoga Allah mengampuni dosa2mu dan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.. Meninggal akibat covid tergolong antara orang2 yang SYAHID.. Insha Allah.. Jangan lupa pimpin tangan kami semua untuk sama2 menuju ke SYURGA.. AL Fatihah buat semua yang telah meninggalkan kami...
Kita benar2 di akhir zaman.. Teringat pesanan Ustazah Hajah Mahanum, masa aku disekolah agama.. Berdoa la kita semua agar tidak melalui zaman bangkitnya Dajjal.. ALLAH2....Semoga Allah berikan kami semua kekuatan, kesabaran, kuatkan hati kami Ya Allah.. satu kan hati kami semua dengan keimanan, ketaqwaan dan limpahan kasih sayangMu. Kurniakan tempat kami di Syurga Ya Allah...
No comments:
Post a Comment