Belum reda kisah lockdown, kecoh isu pendapatan.. dengan keadaan ekonomi sekarang, sukar menjangka apa yang terbaik..
Sejujurnya syarikat yang aku bekerja sekarang ni bukan lah milikku.. Tapi syukur alhamdulillah diberi kepercayaan boss untuk aku menerajui syarikat. Bukan mudah wei nak kemudi syarikat dalam keadaan syarikat tidak berapa stabil. Klu ikut rasa hati memang give up.. nak aje tinggalkan syarikat tapi ada sebab kenapa aku masih kekal.. Walaupun datang tawaran dan imbuhan yang lebih menarik, hati ini tetap kekal disini.. Alhamdulillah aku take over company dlm keadaan duit dalam akaun tinggal 2k.. Aji giler wei.. struggle sungguh.. tiap2 bln tak ubah macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. Actually klu nak dikira, syarikat bukanlah tidak berduit.. Tapi kelewatan terima bayaran dengan peel boss yang seringkali redha aje.. Takpe ada rezeki lain katanya.. Satu perangai dia memang aku tak blh hadam.. Tapi tawakal dia seringkali menjadikan rezeki kami tidak pernah putus2. Dua tahun beb struggle akhirnya kedudukan kewangan mula stabil. Alhamdulillah.
Tapi siapa sangka kesan PKP ni buat kami terduduk kembali.. saat kami mula merangka untuk imbuhan bonus raya laa.. saving laa .. invest laa, rupanya diberi ujian yang sangat hebat... Iyanya benar2 menguji kemampuan kami. Aku bersyukur mempunyai admin merangkap acc yang sering membantu aku.. dh lebih macam PA dah... duduk dan merangka semula perjalanan kewangan.
Bukan mudah sebenarnya nak manage staff 7 org ni.. bayangkan pula bagaimana menteri nak membantu dan memberi kewangan pd seluruh rakyat Malaysia.. Wpun dijanjikan pelbagai kata2 manis, aku hanya mampu merenung dan tersenyum. Klu benar apa dikata, alhamdulillah kotakan lah.. Tapi andai tidak benar, maka rakyat jelata usah la mencela dan mengata.. Negara kita bukanla kaya sepertimana Brunei.. Doalah dan usaha lah. Insha Allah.. Tuhan akan membantu. Jujurnya dari apa yang diwar2 kan satu pun xde yang mengena.. Kisah mak kiah tu adalah lebih pd warga PPR yang tiada sumber pendapatan tetap. Aku sendiri tidak boleh rencana apa yang akan berlaku dalam keadaan terdekat ini. Apa yang mampu, hanya berserah dan bertawakkal sepenuhnya. Yakini lah selagi ada usaha, ada rezeki yang telah di aturkan.. Yang penting jangan lupa solat Dhuha.. Insha Allah.
No comments:
Post a Comment