Thursday, February 20, 2020

Kematian...


Lama ku biarkan tulisan ini dalam draft.. taip padam then taip semula.. edit.. padam lagi.. dan taip lagi...


Allah.... Abam Bocey... kematian yang menghidupkan..... pagi isnin dapat khabar yang abam dah meninggal.. Innalillah.. Pergimu di subuh, Isnin.. Sama hari wafatnya Nabi Muhammad saw.. kematianmu dicemburui.. kematian yang mengidupkan.. rata2 tertanya2 apakah amalan mu abam sehingga dikurniakan insan yang begitu ramai disaat kamu disolatkan dan dikebumikan. Pergimu juga dalam keadaan tidur.. mudahnya... Jujurnya aku amat mencemburuimu.... kematian yang menghidupkan.. sehingga hari ini rata2 masih lagi bercerita kisah amalanmu...

Bila di throwback, flashback.. rupanya2 antara amalan kamu jaga adalah khidmatmu pada ibumu... kamu muliakan ibumu dan jaga ibumu sebaik2nya... meninggal dalam keredaan ibumu.. Masya Allah.. benarlah janji Allah.. muliakan ibumu dan kamu akan dimuliakan... Sebak rasa hati bila ikuti perjalananmu.. Di saat ini terkenang mak dan abah.. Aku masih ingat 16tahun yang lalu, saat berdepan dengan situasi yg mak perlu menjalani pembuangan buah pinggang.. aku berdoa dan memohon Allah panjangkan usia ibuku, aku mohon agar diberi peluang untuk berbakti dan membalas jasanya.. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, aku puas akhirnya dapat berbakti pada mak dan abah.. cuma lately ni mmg byk sungguh dugaan yg datang membuatkan hati seringkali merungut dan merintih.. ada kalanya terasa jugak ke tidak ihklasnya di situ... buat demi terpaksa... Allah.. ampuni aku Ya Allah..


Belum reda kisah abam, dikhabarkan pun kematian mengejut Ashraf Sinclair.. Banyak perkara yang dapat dipelajari dan dijadikan tauladan.. kisahnya lebih kurang sama.. Meninggal di saat tidur dan amalan bersedekah menjadi cerita utama. Allahuakbar.. The power of SEDEKAH.. dan mungkin ini juga menjadi sebab mudahnya mereka ini pergi.. Dimuliakan dan didoakan orang ramai.. Bahagian kita, tidak kita ketahui... 


No comments: