Belum terlewat rasanya mengucapkan salam aidilfitri.. Diam tak diam syawal dah pun dipertengahan...Alhamdulillah managed berpuasa lagi tahun ni sebaik sahaja Ramadhan berlalu pergi..
Sejujurnya raya kali ini biasa2 sahaja. Dan sambutan kali ini jugak agak berbeza.. Klu setiap tahun mak dan abah balik k KL, pulang beraya meraikan bersama adik bradik yg lain, namun tahun ini terpaksa beraya di Johor. Satu pengalaman yang baru juga buatku.. sepanjang usia yg bakal menginjak k 42tahun, first time beraya di Johor... Kemeriahan sudah tentu tidak sama sepertimana beraya di KL.. So dari 6 bradik, 4 beraya di pasir gudang.. meriah jugak laa sbb suara cucu2 menyumbang suara... Nasib baik laa mak dh turun ilmu.. so this year xde la rasa kalut sgt.. So menu utama lontong, ketupat, ketupat palas, rendang daging, ayam masak merah, kuah kacang dan kuah lodeh sedia terhidang sebaik sahaja azan akhir maghrib ramadhan utk thn ini berkumandang.. serius sayu je perasaan hati ini bila ramadhan melabuhkan tirainya.. Semoga ini bukan ramadhan yang terakhir buatku...
Malam raya jugak, mak terpaksa buat dialisis.. Ramadhan kali ini benar2 menguji kasih sayang antara kami adik bradik... mana tidaknya, diawal ramadhan kesihatan mak tidak menentu.. dan utk tahun ini jugak, mak xmampu berpuasa. Tahun ini jugak membuka tirai baru, berbuka, stay di hospital.. menemani mak di hospital.. terpaksa jugak tinggalkan anak2.. ramadhan tahun ini mmg terasa benar keletihannya.. satu persatu di uji.. syukur juga managed to settle.. tq Allah for remind us..

No comments:
Post a Comment