Sunday, July 22, 2018

Tb Raya 2018



Syawal dah pun berlalu pergi.. Blog ni masih lagi sepi tanpa sebarang update.. Busy sgt lah tu.. Anyway mana sempat aje amik gambo.... Tahun nie raya xdpt nak kumpul 6bradiks.. yang ado cuma 4beradik.. Semoga masih diberi peluang dan kesempatan untuk berkumpul bersama2..

Tahun nie kesihatan mak agak merosot.. Bulan puasa kali nie pun xdapat nak berpuasa penuh.. Hari raya kali ni pun dah warning mak awal2 agar membataskan pergerakkan.. Maklumlah dia yg paling susah hati tgk anak2 rileks sediakan juadah raya.. Rileks mak.. Insha Allah.. siaplah nanti semua.. MAk kena percaya ngan generasi X ni sediakan juadah.. hihihihi Bior lambat asal siap.. 

Dalam xsihat tu, dapat jugak berkumpul sampai ke Tanjong Karang.. kemain seronok mak dibuatnya.. Kak Yani dan Abang Basuni juga dapat tawaran menunaikan Haji tahun ini.. ALhamdulillah rezeki mereka.. Cik asben konon2 nak kejap aje.. udahnya dia yg paling seronok menyembang smpi tak sedar yang lain dah mula bergerak pulang.. Hahahaha kuasa Jawa Rangers mmg begitu kan.. Sedih plak bila mengenangkan rezeki Hazim bersekolah di Tg Karang setakat itu sahaja.. Takpe think positive, hikmahnya dapat bersua semula dan berkumpul bersama.. Alhamdulillah..

Balik raya, rutin mak check up bermula.. agak kerap kali ni.. Sempat juga aku berlari pulang ke Johor untuk temankan Mak.. gilir2 ambil rutin.. Kuat semangat yea mak.. InSha Allah kami semua doakan yang terbaik buat mak.. Semoga dipermudahkan urusan mak dan dikurniakan kesihatan yag baik.. Insha Allah 13.8 ni Along balik n teman mak lagi macamana yang mak nak.. Doakan juga Along sihat yea mak..dimurahkan rezeki dan kekuatan dalam menghadapi hari mendatang.. 

Image result for doa kedua ibu bapa


No comments: