Dua tiga hari nie tiba2 dilanda rasa sebak xbertempat.. tau2 mengalir jerk airmata.. atas dasar apa, tidak diketahui.. tapi dalam hati mmg berkata2 ada sesuatu yang tidak kena.. ya betul.. aku dapat rasakan..adik aku sorang yang kini bawa haluan sendiri akhirnya telefon dan meminta pertolongan.. Ya Allah aku bermohon padamu agar ko bukakan pintu hatinya.. Kau berikan lah dia taufik dan hidayah agar pulang ke pangkuan keluarga.. Semarah mana pun adik tetap adik.. air yang dicincang takkan putus.. Itu nasihat mak pada anak2nya.. Bimbinglah adikmu itu.. Jangan dibiarkan hidupnya sendirian.. Mulianya hati seorang ibu.. Walau pernah terasa hati, tetap ada ruang kemaafan.. Baginya tiada apa yang indah selain dari kemaafan.. Tiada dendam.. Malah setiap hari didoakan kebahagian dan kesejahteraan anak2nya.. Betapa indahnya hidup sekiranya masih lagi dalam peliharaan ibu dan ayah.. Hanya doa dapat dipanjatkan.. dengan satu harapan..
No comments:
Post a Comment