Tinggal beberapa jam sahaja 2024 melabuhkan tirai.. Tahun yang penuh suka dan duka. Diuji di awal permulaan namun di hadiahkan dengan trip umrah bersendirian dgn ditemani kazen kita.. Cantik dan indah percaturan yang Allah aturkan.. Tak semua yang kita impi dan harapkan termakbul. adakalanya diuji agar tidak terlalu leka dengan duniawi dan perasaan hati.. Terima kasih Allah atas setiap ujian dan dugaan ini.. Untuk masuk ke SYURGA itu bukan mudah.. dan kiranya SABAR itu bisa membuatkan laluan untuk ke SYURGANYA tanpa di hisab maka aku akan pilih SABAR.. Tiada apa yang diharapkan, semoga Allah senantiasa kurniakan keimanan, ketaqwaan dan redha atas apa jua takdir untukku.. Terima kasih atas segalanya.. SELAMAT TINGGAL 2024.. Dibuka dengan rasa hiba namun ditutup dengan rasa syukur dan bahagia..
No comments:
Post a Comment