Wednesday, November 29, 2023

Satu Shaft Dibelakang


Ok rasanya tengah hangat kisah Aishah Hijanah nikan.. So kita tempek laa lagu youtube ni.. Deep sangat lirik dia.. masa dgr awal2 rasa syahdu sangat.. Wahai sang suami.. saat engkau melafazkan akad.. apakah yang kamu rasa tika itu.. tiada rasakah untuk terus sama2 ke syurga hingga akhir hayatmu..Andai benar kisah cinta telah tiada, bukan kah lebih baik berterus terang dari terus didustai..

Allahuakbar kisah si Aishah ni sebenarnya biasa2 je.. cuma bila dia influencer terkenal maka kisah mereka ni jadi viral.. kisah bermadu, diuji dengan pasangan ni kisah biasa dlm masyarakat.. siapa terluka siapa tersakiti biasanya wanita la kan.. Ramai je yang lalui macam si Aishah ni.. ramai je suami2 yang mcam si A*** T**** ni..  

Wahai insan bernama suami, lelaki.. Saat sebelum bernikah, pastinya akan lalui kisah2 perkenalan, bercinta, melamar dan seterusnya.. Saat itu tika itu kalau semua lelaki mampu bersifat jujur, terbuka, tulus, romantik demi menambat hati sang wanita.. namun bila dah dapat kenapa perlu ada dusta.. tak jujur.. berahsia dengan alasan tidak mahu menyakiti dan akhirnya bila terkantoi, diketahui, betapa sakitnya hati sang isteri.. rasanya sebagai isteri, andai si suami terbuka, jujur dan telus, pastinya ada jalan penyelesaian.. Fitrah wanita bersifat cemburu, emosi dan sebagai suami yang mengemudi pastinya lebih matang untuk menyelesaikan.

Bila ditanya mengelak.. menafikan.. bila terjadi dikata takdir.. apa kah itu.. bukan kah lebih mudah dikatakan MAAF sudah tiada rasa kasih, sayang dan cinta.. rasanya sebagai pompuan wpun pedih tp lebih baik dari terus2 dikhianati.. ditipu.. 

Semoga Allah sentiasa pegang hati para2 suami.. semoga para2 suami sentiasa pegang pada akad yang dilafazkan.. 

Sedih, pilu, kecewa.. pastinya... Sampai bila.. tidak diketahui.. namun para suami fahamilah kecewa bagaimana pun si isteri, tidak pernah sekali pun mereka mendoakan yang buruk2.. malah doa mereka sentiasa mengiringimu.. 

Pesan pada diri sendiri, kuat macamana pun diri kita ini, pasti ada fasa DOWN dan PENAT nak hadapi semuanya.. Tetaplah KUAT, BERTAHAN dan BERSABAR. Allah boleh mengubah kisah hidup kita dalam sekelip mata. Setiap situasi boleh berubah dalam satu detik. Semuanya boleh termakbul seperti yang kita inginkan dan doakan.. Percayalah.. yakinlah perancangan Allah lebih indah dari apa yang kita sangkakan. Takdir milik Allah tetapi doa milik kita.. Teruskan berdoa kerana DOA mampu merubah segalanya.. Nothing impossible when Allah swt said KUN FAYAKUN..

Buat suami ku.. Doaku buatmu "Ya Allah lindungilah dia walau dimana dia berada, lindungi suamiku dari perkara2 yang mungkar.. pegang hati mereka Ya Allah.. Ya Allah, kurniakan la taufik dan hidayah buat kami.. Sucikan hati kami, bersihkan hati kami.. Satu kan hati kami sepertimana kau satukan Adam dan Hawa" "Ampuni dosa-dosa kami suami isteri dan perbaikilah semua urusan kami. Sinarilah rumahtangga kami dengan ketenangan dan kebahagiaan. Kami mohon perlindungan dari semua keburukan pada masa kini dan masa akan datang ataupun yang tidak kami ketahuai"

Buat semua isteri, semoga kesabaran dalam melayari bahtera perkahwinan menjadi ASBAB kita semua memilih mana2 pintu SYURGA tanpa hisab.. Amin2 YRA

 

2 comments:

Junne said...

😅😅😅 yang tahu je tahu...

along said...

hmmm kannnn