Tuesday, January 4, 2022

Kerinduan



R.I.N.D.U
Satu perasaan yang sukar diungkapkan dan diterjemahkan.

R.I.N.D.U
Tiada daya dalam mengawal dan membendung bila hadir.

R.I.N.D.U
Rindu pada yang masih hidup tak sama dengan rindu pada yang TIADA

Aku mula belajar erti R.I.N.D.U buat pertama kali saat aku mula berpisah dengan keluarga, kawan2 sahabat. 1994 - Buat pertama kalinya aku keluar dari Pasir Gudang terus ke bumi Jengka, nun jauh dipedalaman.. saat itu tika itu hanya telefon menjadi teman penghubung.. sakit rindu.. itu sudah pasti.. nk cal hari2 mmg tak laa.. bil mesti mahal.. klu cal pun sekejap2 je.. cukupla bertanya khabar dan dengar suara untuk mengubat R.I.N.D.U...dan rindu itu hilang saat pulang dan bersua kembali...

R.I.N.D.U kali kedua saat mula mengenali erti C.I.N.TA.... satu perasaan yang indah dan sukar untuk dizahirkan.. Namun perasaan R.I.N.D.U itu membuatkan aku leka.. leka kerana R.I.N.D.U itu juga bakal mengheretku ke satu lubuk yang paling dalam. Saat itu aku buang perasaan R.I.N.D.U.. 

R.I.N.D.U yang paling sakit adalah saat rindu pada yang TIADA... Kalau sebelum ni kita hanya bisa menuturkan kata2 SABARLAH.. Namun saat ini baru aku mengerti.. Sakit wei.. sakit sangat.. Aku ingat aku sudah cukup kuat namun rupanya aku jua insan biasa.. Aku ingat aku bisa melupakan dangan mudah tapi aku silap.. kenangan itu tetap menghantui.. Aku ingat aku bila lalui dengan mudah.. 24 thn aku dah mula berjauhan.. mungkin aku xrasa sedih dan pedihnya.. Namun itu juga bukan pengukurnya... 

Perancangan percutiaan yang di atur sebelum ini juga gagal.. Seminggu bercuti hanya 2hari sahaja dapat dilalui.. Bakinya hanya menghitung dan melayan rasa hati.. Jujur balik kali ini mengundang perasaan yang sukar untuk dibaca.. Jiwa yang kononya kental, rupanya rebah dipertengahan jalan.. org nampak aku kuat.. tp hakikatnya aku nangis belakang pintu wei.. dalam diam airmata mengalir lesu... Orang nampak aku cekal.. hakikatnya aku lari jauh2 supaya tiada siapa boleh npk dibalik kacamata ku... Hipokrit kan.. yea kena.. sebab aku tak nak insan yang aku sayang turut sama rasa sedihnya.. aku nak mereka kuat sepertimana aku jua... 

Demam yang xmahu surut dan kebah.. tidur malam yang xboleh lena.. sehinggalah aku ambil kain batik dan tshirt mak untuk disarungkan.. Ironiknya malam tu aku boleh tidur lena... Aku tak bisa duduk lebih lama.. Akhirnya aku ambil keputusan untuk balik hari Jumaat.. Tp kasihan kan abah dan adik aku balik hari sabtu.. itu pun dr pagi smpi k jam 2pm masih belum bergerak.. Pelik sebaik tiba sahaja di KL, demamku beransur pulih.. dan saat itu baru aku sedar yang kepulanganku di sana dan demamku jua adalah sebab R.I.N.D.U.... kehangatan suasana dan kenangan disana membuatkan aku R.I.N.D.U.. perasaan yang aku tidak menjemput namun dia hadir..............







No comments: