Friday, May 11, 2018

INI KALILAH

Klu semalam, dok tercongok depan TV tunggu result.. hari ini dah boleh lena tidur.. walaupun rasanya dok qada tidur dari siang.. phew betul punyer rehat..

Semalam pun pergi mengundi lambat.. saja keluar lambat ingatkan mcm tahun sebelum ni.. dah kurang orang.. ternyata percaturan tahun ini berbeza.. masuk ke ruang sekolah punye laa aman damai.. pelik plak xde riuh2 mcm yang sudah2... masuk je ke dalam bangunan.. tu dia punye laaa ramai.. melingkau2.. macam ular daaa.. Terus tuju ke saluran4.. tgk paling ramai saluran 2 dan 3.. pergh mau pitam.. mujur jugak sebelum datang tu perut dah berisi... 1jam setengah jugak la baru dapat turn.. Settle kota dame pergi plak k shah alam.. tempat asben palk mengundi.. pun pelik lain macam sepinya... sampai kata boleh tahan gak ramai.. tp xsampai sejam dah settle.. amik plak fawwaz n fatin kat tepi federal highway.. meneman acik amir yang balik mengundi ke Johor.. n berkejor plak k port klang tempat auntie fiza plak mengundi.. elok sampai kul 3, katanya xde orang.. memey rezeki laa fiza oiiii.. sana sini dok update berjam2 tunggu..

Selesai semua singgah k AEON Mall.. lepas pilihan raya.. kita shopping raya.. Alhamdulilah INI KALILAH semua dah selesai accept baju melayu.. coz babah in dilema nak pilih color apa. ok takpe janji yang lain selesai.. mood asben punye lah baik.. confident agaknya pakatan menang, pas shopping masuk plak karaoke.. hihihih sakan lah masing2 keluarkan bakat..

Sampai rumah maghrib, mandi solat pastu siap sedia depan TV, komputer, hpone.. naik juling dok perati sana sini.. ANak2 bertuah ni ingat bila dah keluar, jalan n makan, maka malam dah kenyang laa.. rupanya tidak.. so maggi jela yea..

Punyelah lama kali ni nak tunggu update.. jangkaan kemenangan pada pembangkang mmg dh diramal.. cuma benar atau tidak tu menjadi persoalan.. bila dapat tahu aje kawasan pasir gudang, Datuk Seri Khaled Nordin tumbang. Tak tahu nak menzahirkan rasa hati...Mulut rasa lafaz syukur, tapi hati merintih sedih.....ramalan awal 7 tempat akan tumbang mmg dah tersenarai pun yg mana salah satu tempat adalah dibawah DSKN... Membesar di Pasir Gudang, dari satu kawasan yang agak pedalaman dan pesat membangun hingga kini dibawah jajaran BN. First time undi mmg memilih Johor.. Pulang kembali untuk berjuang bersama.. Kali ke2, terpaksa akur tak dpt pulang ke Johor. Masa tu rasanya dibuat pada waktu bekerja jugak.. so hilang lah satu undi.. So lepas tu decide untuk tukar undi di Kota Damansara.. Tempat dimana aku bermastautin.. Sudah tiba masanya untuk mengubah di tempat dimana mencari rezeki...  15tahun yang lalu, kota damansara mmg terpencil.. jalan nak ke sana pun hanya ada satu je laluan berbanding kini.. Dari tiada masjid, dah ada masjid.. Dari tiada sekolah menengah, dah dapat 3 sekolah menengah.. dan latest kawasan perkuburan bagi umat islam..

Tapi kuasa kini dipilihan rakyat.. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..Ternyata wang, kuasa dan pengaruh membuat seseorang itu hilang pertimbangan..  Aku membesar bersama zaman Tun Mahathir.. Di saat zaman reformasi berlaku aku masih teguh dibelakangnya.. Masih percaya dengan corak pemerintahan Nya walaupun tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan.. Tapi aku percaya apa yang berlaku pasti ada alasan tersendiri...Soal dosa, pahala pastinya dia maha mengetahui.. lebih ariff..  Sapa kita nak tentukan syurga ke neraka tempatnya..

Bermula tahun 2009, kembali semula ke syarikat pembinaan di malaysia, selepas 2tahun bersama company international.. Peluang kembali di sektor pembinaan kali ini memberi peluang untuk mengenali pegawai tertinggi kerajaan, PTD membuka ruang kami berdiskusi secara profesional. ...  Bukan emosional.. sesiapa bebas melontarkan pendapat dan cadangan.. membantah? bukan perkara mudah.. benar Allah yang tentukan rezeki.. tapi utnuk mengambil risiko sepertimana mereka.. perlu berfikir secara rasional... tak semua yang dapat jawatan tersebut bedasarkan sokongan dan kenalan.. ada yang memang menapak selangkah ke selangkah... satu persatu isu dikupaskan... Saat kemuncak di saat GST, BRIM dilaksanakan.. ya mmg salah percaturan.. kesalahan besar yang perlu diterima.. 

Dan bila rakyat mula bersuara, inilah hasilnya.. Suka, gembira.. suka, duka bercampur baur... Suka dan gembira kerana akhirnya suara rakyat dipenuhi.. namun hasilnya wallahualam.. apa yang mampu kita berdoa agar barisan menteri yang baru ini teguh berdiri mengekalkan manifesto dan janji yang dilafazkan... Insha Allah rakyat berdiri teguh pada pemimpin yang berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan tulus.. Nampak mudah kan.. tp hakikatnya untuk mentadbir dan memuaskan hati semua pihak memang sukar... All the best team.. Semoga Allah kurniakan umur dan kekuatan buat TUN bagi memastikan semua kembali ke landasan semula... I Love U TUN forever n ever.. AKu tetap teguh bersama MU...Sukar untuk menjadi seberani mu.. Mengaku salah dihadapan jutaan rakyat...

Walaupun rakyat bebas bersuara, namun banyak hati yang perlu dijaga.. Tidak semua pemimpin sebegitu..  hakikat sebenarnya TGNA hanya seorang.. tiada yang lain...HAdirlah berapa ramai pun pemimpin yang jujur n tulus, tapi untuk melahirkan seorang lagi TGNA memang tiada galang gantinya... Bukan salah UMNO, BN.. mereka dah melaksanakan tugas dan tanggungjawab.. Cuma pada kali ini tidak salah rasanya memberi ruang dan peluang pada yang lain.. matlamat mereka tetap sama hanya parti yang membezakan.. Buat abah, kami tetap ahli UMNO dulu, kini dan selamanya walaupun terpaksa mengkhianati..Bukan khianati juga tapi kami tetap teguh memartabatkan hak dan maruah orang melayu.. hanya platform yang berbeza...WE ARE NEUTRAL NOW.... Klu laa arwah neneak ada pastinya dia turut menangisi kekalahan ini.. Insha Allah generasi kali ini lebih bersifat terbuka.. We are on the last stage now... Entah bila berakhirnya dunia ini pun tidaklah diketahui.. Tanda2 kecil dan besar semua dah ada.. Semoga semuanya berlandaskan ISLAM.. Insya Allah..

No comments: