Monday, September 24, 2012

Ketabahan Hati Seorang Wanita..

Ya Allah Ya Tuhanku.. kau berikan lah kekuatan buat sahabatku ini.. mudah2an apa jua yang berlaku ada hikmahnya.. Tabahnya hatimu wahai sahabatku.. jika aku ditempatmu aku tidak pasti apakah aku mampu berdiri seteguhmu.. 

Cerita lama kira2 13tahun yang lalu... Masih teringat2 lagi disaat aku gembira menerima segulung diploma, tiba2 aku dikejutkan khabar bahawa sahabatku accident bersama ayah, ibu serta adik2nya.. kedua2 ibu dan ayahnya meninggal.. terkejut benar aku.. malah mak dan abah juga terkejut mendengar khabar ini.. maklumlah kami berjiran.. Hubungan antara kami sudah tentu2 nya agak rapat...sudahlah kami di KL.. keesokkan harinya bila pulang ke Johor, jenazah selamat disemadikan. Ina masih lagi dihospital bersama 3org adiknya yang lain.. Hanya airmata yg dapat menceritakan betapa pedih dan perit ditinggalkan org tersayang..Masih teringat lagi pesanan Ina supaya cerita ini tidak disampaikan kepada adik bongsunya yang sama cedera.. Itu baru kisah permulaan.. Kisah kedua bermula bila dia diuji dengan suaminya yang sedang sakit.. bertahun2 lamanya..Tidak dapat bekerja.. Segala urusan rumahtangga sumer dipikul sendirian.. Sekarang si suami berada di ICU.. anak kecil pula tidak berapa sihat.. terpaksa juga berulang alik ke hospital.. Ya Allah berat benar dugaanmu teman.. Sesungguhnya kau yang terpilih olehNya.. Sebegitu besar pengorbananmu.. Depanku kau mengatakan sudah bahagianmu..ko terima dan redha dengan ketentuanNya...tapi dibelakangku aku tahu hanya airmata yang menjadi temanmu.. Sabarlah wahai temanku.. InsyaAllah ada hikmah disebalik apa yang berlaku..


No comments: