Thursday, October 20, 2011

Meleleh Airmataku

Lately nie banyak pulak cerita sedih share dalam facebook.. cuba pegi website nie http://pakarhowto.com/kisah-benar/meleleh-air-mataku-apabila-baca-cerita-ini.html

Teringat pula akan kisah 8tahun yang lalu.. cuma kisahku berakhir dengan gembira bukan kesedihan.. Kisah kehilangan orang tersayang memang sukar untuk diterima.. Namun sebagai hambaNya kita perlu redha atas apa jua ujian yang diberikan.

Kisah mak sakit pada saat-saat aku sedang sarat mengandung dulu benar2 menguji kekuatan dalaman aku... Bayangkan pada saat tersebut aku dikejutkan dengan berita buah pinggang mak rosak dan perlu pembedahan untuk membuang buah pinggang sebelah.. Allahuakbar.. Pada masa itu tuhan saja yang tahu betapa beratnya dugaan itu.. pada masa itu aku nekad.. tidak kira apa jua berlaku aku mesti balik.. mesti pulang melihat keadaan mak.. bertegang juga urat dengan suami ku.. bukan apa pada hari pemeriksaan darah aku naik sedikit.. mungkin sebab tertekan dengan situasi pada masa itu... malah doktor juga tidak membenarkan aku berjalan jauh kerana keadaan aku yang telah sarat.. tapi aku tetap nekad apa pun aku nak balik.. sekurang-kurangnya kalau apa pun terjadi selepas itu aku terima seadanya... alhamdulilah berjaya juga pulang ke Johor bersama ibu mertuaku... Terima kasih tak terhingga pada ibu mertuaku kerana sanggup bersusah payah turun ke KL n teman pulang ke Johor.. Semata-mata takut aku sakit nak bersalin di pertengahan jalan..

Syukur akhirnya dipermudahkan perjalananku... Sebaik tiba di Johor, mak telah selamat menjalani pembedahan... Mak kelihatan begitu lemah.. Pada saat itu hanya airmata menjadi peneman setiaku.. Sedih bila lihat insan tersayang terlantar kesakitan. Inilah kali pertama mak sakit... Sebak benar rasa hati.. Tapi abah benar2 tabah... Abah nampak tenang sahaja.. Saat itu terasa benar kesedihan kerana tidak dapat menjaga emak... semuanya diuruskan oleh adik2 aku yang lelaki.. alhamdulilah kesemua adik2 aku menjaga emak dengan baik.. salinkan pampers, mandikan emak, semua diuruskan oleh abah dan adik2 lelaki aku yang lain..

Airmata aku tumpah lagi bila aku terpaksa pulang ke KL... Mak berpesan pada ibu mertuaku agar dapat menjaga aku ketika pantang.. dia pohon maaf sebab terpaksa serahkan tanggungjawab tersebut pada besannya... aku tahu betapa terkilannya mak bila tidak dapat menjaga dan membela cucunya.. maklum saja lah ini cucu sulung.. sudah tentu mak dan abah antara orang paling xcited...

Bila aku selamat sahaja bersalin terus abang maklumkan pada mak n abah.. sedih jugak bila mak dan abah tiada disaat2 aku selamat bersalin.. namun apa kan daya.. tetapi agak mengejutkan bila tiba2 mak dan abah muncul di hospital tempat aku bersalin. rupa2nya bila terima sahaja panggilan mengatakan aku telah selamat bersalin mereka terus bersiap2 pulang ke KL... masyallah... tuhan berikan kekuatan pada mak.. begitu tabah mak melayan kesakitan.. ialah baru lepas operation... klu tak silap masa tu hampir sebulan lepas operation.. mungkin sebab itu jugak ler tarikh aku deliver lambat.. klu ikut jadual, sekiranya aku masih tidak bersalin aku perlu di 'induce' keesokkan harinya.. setelah tempoh seminggu menunggu diberikan doktor.. dapat aku lihat kegembiraan terpancar pada wajah kedua ibubapaku... bahagianya mereka.. namun terpancar juga rasa kesedihan kerana hanya berpeluang memegang dan memeluk cucu mereka hanya seketika...

Syukur alhamdulilah.. setiap kali solat aku akan panjatkan doa agar dipanjangkan usia mereka diberikan kesihatan... aku ingin membahagiakan meraka dan pohon agar mereka berpeluang mengecapi kebahagian.. aku ingin membalas jasa mereka... tiada kata2 dapat digambarkan kerana doaku diterima.. alhamdulilah.. terima kasih tuhan... apa jua kebahagian mereka aku rela untuk korbankan... mudah2an tuhan permudahkan dan murahkan rezeki kami adik beradik agar dapat membalas jasa mereka...


No comments: